Navigation




Offroad Challenge 2011

Kerling Offroad Challenge 26 & 27 Mac 2011

 


 

SUZUKI VITARA CLUB OFFROAD DRIVING CHALLENGE

Kerling 26 Mac 2011, sebanyak 12 buah Suzuki Vitara telah menyertai acara kemuncak pertama dalam siri pertandingan yang julung kali di adakan untuk kenderaan Suzuki Vitara. Penyertaan kali ini terdiri dari peserta dari Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Se’awal jam 9.00 pagi 26 Mac 2011, sebanyak 5 buah Suzuki Vitara menjadi kumpulan pertama masuk ke Hutan Simpan Hulu Selangor di Kerling, sebagai persediaan untuk menyiapkan tapak perkhemahan dan laluan dalam pertandingan kali ini. Bermula di Rawang, perjalanan ke Kerling mengambil masa 45 minit dan memasuki laluan ‘offroad’ sekitar 6km dengan mengambil masa 30 minit. Laluan kering dan berbukit menguji kenderaan Suzuki Vitara pada tahap yang minima dan keupayaan pada sesuatu laluan menguji kenderaan pada tahap yang maksima. Kumpulan ke dua yang bergerak dari Petronas Rawang sebanyak 7 buah Suzuki Vitara terdiri dari peserta yang datang dari Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan semua peserta selamat tiba sekitar jam 12.00 tengahari di tapak perkhemahan Hutan Simpan Kerling.


Picture Kiriman 'Bad Boy' - Team From Melaka

Acara pertama bermula tepat jam 2.45 petang, dengan pengenalan segmen pertama iaitu ‘Special Stage SS 1’ yang mana satu litar semulajadi di bina dengan aspek halangan, cabaran dan pemanduan di wujudkan. Semua peserta perlu melalui semua halangan ini yang menguji pemanduan, keupayaan kenderaan dan teknik pemanduan di halangan ‘offroad’. Bukan itu sahaja, teknik kecekapan pemanduan dalam keadaan gravity tidak stabil juga di perkenalkan dengan pendekatan meletakkan cawan berisi air di setiap kenderaan, dan menguji keupayaan pemandu dalam situasi offroad tanpa ‘menumpahkan air’. Kenderaan pertama iaitu ‘Manda’ memulakan SS1, dengan melepasi semua halangan dengan baik. SS pertama yang memakan masa 1 jam ini, telah berjaya di lepasi oleh 11 buah kenderaan dengan baik dan sebuah kenderaan terkandas di sebabkan masalah pacuan empat roda. Markah pertandingan ini di bahagikan kepada beberapa kategori iaitu ‘kelajuan, kemahiran dan fokus’. SS pertama di menangi oleh kenderaan No 6 iaitu Zulkifli (Gudboy) dari Melaka,


Picture Kiriman 'Manda'

Jam 6.30 petang, seorang perserta dari Negeri Sembilan tiba, menjadikan semua kenderaan 13 buah kenderaan pada acara ini. SS ke 2, atau ‘Night SS’ yang di nantikan peserta bermula tepat jam 8.15 malam iaitu SS terakhir. Kenderaan pertama yang memulakan acara ini iaitu No 2, yang di pandu oleh Aziz (Goldenman) memulakan acara. Dengan catatan 5 minit dan beliau melalui halangan berbukit, sungai, cerun dan pusingan dengan baik. Pertandingan terhenti ketika kenderaan ke 5 memulakan laluan, di mana kenderaan dari Perlis yang di pandu oleh ‘Ghani’ terbabas ke bahu balak. Dengan kepantasan ‘marshall’ yang mengeluarkan kenderaan ini, pertandingan kembali di teruskan. Night SS di sertai oleh 11 buah kenderaan dan 2 kenderaan menarik diri di sebabkan masalah teknikal.

Malam terkahir di mulakan dengan sesi beramah mesra, sesi berkenalan dan sesi meluahkan perasaan berkenaan dengan aktiviti dan program Suzuki Vitara Club. Semua peserta di beri penghormatan untuk bercerita dan memberi komen berkaitan aktiviti ini. Selain itu, acara BBQ juga di sediakan dengan selingan pembahagian cenderamata kepada semua peserta, iaitu berupa cenderamata dari Univerisiti Kuala Lumpur yang di ssediakan oleh Norulamin. Malam minggu Kerling, di akhiri dengan penyampaian Hadiah kepada pemenang acara, dan Offroad Kerling Drive Challenge berjaya menobatkan kereta yang di pandu oleh Norulamin meraih tempat Pertama, dan Kedua Ujang, ketiga Zahid. Acara penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Ghani, Manda dan Ikram selaku tetamu kehormat.

Hari kedua, menjanjikan pengalaman pertama yang menakjubkan, di mana acara yang berlangsung selama 2 hari, begitu memuaskan semua peserta. Kejutan terakhir adalah kedatangan tidak diduga ahli terakhir, Zul Musa (Zulu Mike) menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 14 buat Vitara kesemuanya. Peserta mula meninggalkan Kerling secara beransur-ansur dengan kenderaan pertama pulang seawal jam 10 pagi, dan terakhir jam 5.00 petang. Suzuki Vitara Club ‘Offroad Driving Challenge’ berjaya menghimpunkan 14 buah members iaitu Zulnizam (jul), Yaman (manda), Mat Saad (Jasafimi), Shamsee (Ice), Ikram Hakim (goodwidow), Ghani (9W2AGA), Aziz (Goldenman), Qaiyum (AQM), Norulamin (budakjahat), Zahid (badboy), Ujang (budakbaik) , Zulkifli (guudboy), Zamzaidy (adi) dan Zulmusa (ZuluMike)

Nantikan acara kemuncak Driving Challenge 2,dan di jangka 10 SS akan di bina….Nantikan…

Oleh ‘Jul’ Zulnizam Bin Shahrani