Navigation




events

events

EVENTS 2011



Kerling Drive Challenge & Camping , 26 & 27 Mac 2011..

Semua Suzuki Vitara Members & Non Members Jemput Join!

Suzuki Vitara Club Kerling Drive Challenge 2011

Salam Semua, Selamat Datang Ke Kerling

Aktiviti Perkhemahan dan pemanduan offroad pada 26 & 27 Mac 2011, di Kerling, Hulu Selangor. Aktiviti ini akan meliputi aktiviti perkhemahan, rileks dan pertandingan pemanduan offroad bersama semua ahli kelab Suzuki Vitara.

Dua litar (SS – Special Satge) perlu di lalui, dan point akan di beri pada setiap halangan tersebut.

Semua ahli Kelab Suzuki Vitara, di jemput hadir dan mengikuti program ini bersama keluarga dan teman-teman Suzuki Vitara Club Kerling Drive Challenge 2011, Semua ahli Kelab Suzuki Vitara, di jemput hadir dan mengikuti program ini bersama keluarga dan teman-teman



XPEDITION ULU SLIM 2011 , 3 - 5 FEB 2011



Xpedition Suzuki Vitara Club ke Ulu Slim, Slim River Perak pada 3 hingga 5 Februaury 2011 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 7 buah kenderaan ahli Suzuki Vitara Club dalam acara pertama pembuka tirai tahun 2011.

Bermula di RnR Rawang, konvoi menuju ke Ulu Slim melalui laluan Lebuhraya PLUS walaupun trafik dalam keadaan sibuk, alat komunikasi yang di sediakan oleh ‘Ice’ melancarkan pergerakan konvoi. Laluan terus menuju ke Exit Slim River berhenti dengan makan tengahari di Slim River, mengisi minyak di Petronas, dan seterusnya menuju ke Kg Ulu Slim.



Offroad bermula sekitar jam 14.30 petang dengan laluan kering. Perjalanan offroad yang menghiburkan terhenti selepas 3 km, di sebabkan sebuah lori pengangkut kelapa sawit tersangkut dalam Lumpur. Konvoi terhenti seketika di sini untuk memberi laluan petugas ladang menarik keluar lori. Selepas sedikit taklimat oleh Lead Xpedition, dan di Bantu oleh Abang Ri, seorang offroaders dari Ulu Slim sendiri, konvoi Suzuki Vitara Club menggunakan laluan alternative ke campsite dengan di Bantu oleh Abang Ri.

Laluan alternatif sejauh 10km meliputi laluan kelapa sawit, dan laluan tanaman semula getah yang begitu mencabar. Menghampiri campsite laluan agak berselut dan sedikit sebanyak memberi cabaran buat kenderaan Suzuki Vitara yang standard. Semua kenderaan selamat sampai di campsite sekitar jam 17.00 petang. Lokasi campsite yang besar dan cantik, memberi kelebihan kepada keluarga yang membawa anak untuk mandi. Selepas mendirikan khemah masing-masing, ‘Manda’ memulakan BBQ yang di tajanya untuk aktiviti malam pertama Xpedition Ulu Slim.


Hari kedua di mulakan dengan senaman yang di ketuai oleh ‘Goodwidow’. Selepas sarapan pagi 5 buah kenderaan memulakan ‘offroad’ ke lokasi lebih atas. Offroad sejauh 5 km, ke dalam hutan simpan Ulu Slim, lebih mencabar dengan ketinggian bukit lebih tinggi, menyusuri anak sungai dan laluan berselut. Laluan mencabar tanah merah yang licin di puncak tinggi berjaya di harungi semua kenderaan Suzuki Vitara dengan baik. Offroad hari kedua di tamatkan pada jam 14.00 petang dan aktiviti ‘light n easy’ oleh semua peserta. Dengan menu makanan yang di sediakan oleh kaum ibu, berjaya menyediakan menu yang sedap untuk 3 hari 2 malam di camp site.



Malam terakhir aktiviti di hiburkan dengan acara ‘fun XTVT’ yang mana semua peserta di minta membuat persembahan dan di adili oleh peserta sendiri. 7 persembahan diadakan dan telah di menangi oleh ‘ZuluMike’ yang membuat persembahan ‘meniup belon sehingga pecah’, Kedua di menangi oleh ‘Manda’ dengan persembahan lagu P.Ramlee, dan Ketiga oleh ‘Goodwidow’ dengan persembahan lagu Alleycat.
Xpedition Ulu Slim, di tamatkan pada 5 february 2011, dengan majlis minum petang di Tanjung Malim, sebelum semua peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Program Xpedition Ulu Slim, berjaya mengumpulkan 7 buah kenderaan dan di sertai oleh Jul, Zulumike, Manda, MatSaad, Ice, Muzmad dan Goodwidow.

Oleh : Jul (Lead Xpedition)