Vitara Kuala Mu 2013
Vitara Kuala Mu 2013
Suzuki Vitara Kuala Mu 2013
Gambar : Azhar V61 (Media)
Vitara Kuala Mu 2013
Edisi tahun 2013, Suzuki Vitara Club telah memilih destinasi Pos Kuala Mu, Perak
sebagai pembuka tirai 2013 untuk acara offroad dan perkhemahan. Pos Kuala Mu,
yang terletak di Sungai Siput merupakan perkampungan orang asli terakhir melalui
laluan Felda Lasah ke Pos Kuala Mu. Bermula di Ipoh, sebanyak 17 buah Suzuki
Vitara telah menyertai acara ini.
Konvoi Vitara pada 26 Jan 2012 ini bermula di Bercham, Ipoh menuju ke Felda Lasah
Sungai Siput sebelum memasuki laluan offroad selepas Kampung Bawong. Laluan
offroad yang kering pada awal perjalanan telah memudahkan pergerakkan konvoi
sehingga kilometer ke 27, apabila perjalanan selepas itu akan melalui laluan
berbukit merentasi bukit-bukit yang mencecah ketinggian 1000 kaki dari aras laut.
Konvoi melepasi perkampuangan terakhir iaitu Pos Legap dan seterusnya offroad
yang agak mencabar memasuki ke kawasan mendaki bukit yang panjang. Acara
treasure hunt juga di adakan yang mana sebanyak 20 soalan di berikan sebagai
acara sampingan dalam perjalanan menuju ke Pos Kuala Mu.
Laluan bukit yang panjang dan kering mencabar ketahanan jentera Suzuki Vitara
walaupun kapasiti enjin yang kecil, ia mampu mengharungi perjalanan mendaki bukit
sehingga bukit yang paling jauh ketinggian mendaki mencecah sehingga 3 km panjang.
Dalam perjalanan ini juga, terdapat dua buah kenderaan yang mengalami sedikit
masalah teknikal yang mana tahap air radiotar kurang menyebabkan suhu enjin
menjadi panas. Pasukan Mekanik yang turut serta dalam perjalanan ini, memudahkan
konvoi kembali bergerak lancar, yang mana mereka ini bertindak membantu kenderaan
yang masalah.
Konvoi selamat tiba di perkampungan orang asli Pos Kuala Mu jam 5.00 petang, setelah
menempuh perjalanan offroad sejauh 37km dengan mengambil masa hampir 3 jam untuk
sampai. Peserta mengambil tempat masing-masing mendirikan khemah selain ada yang
mula mandi dan berehat. Lokasi perkampungan Pos Kuala Mu, yang damai dan indah serta
derungan air sungai yang jerneh membuatkan kawasan ini begitu cantik untuk di lawati.
Acara BBQ mengambil tempat sempena pembuka tirai kehadiran Vitara Club ke Pos Kuala Mu.
Majlis ini juga mengumumkan pemenang acara treasure hunt yang mana ahli club vitara,
Manda mendapat tempat pertama, Rosly kedua dan Mustafa ketiga.
Hari kedua, acara di mulakan dengan treking ke air terjun yang mana terletak lebih kurang
1.5km dari perkampungan Pos Kuala Mu. Seramai 25 peserta mengikuti sesi treking ini yang
mana untuk melihat keunikan air terjun Pos Kuala Mu. Air terjun Pos Kuala Mu, yang terbentuk
dengan 7 tingkat air terjunnya, begitu mengasyikkan dan mendamaikan dengan deruan air
yang sangat laju dan tidak sesuai untuk mandi. Pasukan treking kemudian mengambil gambar
kenangan sebelum memulakan kembali treking pulang ke kawasan perkhemahan.
Kawasan perkhemahan yang dekat dengan air sungai, memudahkan untuk mandi selain air
sungai yang sejuk dan nyaman. Semua peserta mengambil bahagian untuk beramah mesra
dengan peserta-peserta vitara yang lain selain berehat secukupnya untuk menghadapi perjalanan
pulang pada keesokkan harinya. Hari ke-3, tamatlah program Vitara Kuala Mu 2013, dengan
majlis ringkas memberi sumbangan berupa pakaian terpakai serta makanan ringan kepada
Tok Batin Karim, serta penduduk Kampung Pos Kuala Mu. Semua peserta keluar dari perkampungan
Pos Kuala Mu jam 10.00 pagi dan bergerak secara konvoi menuju ke Sungai Siput. Peserta
semua tiba di Sungai Siput jam 1.00 tengahari dan majlis bersurai untuk ahli-ahli Vitara Club
yang hadir dari Utara dan Selatan.
Ketua Kampung Amirul
Ketua Kewangan Zamri
Ketua Medic Lee
Ketua Keselamatan Mej Zali
Ketua Media Azhar
Ketua Mekanik Black Flat
Ketua Kebersihan Kanzu