Navigation




Explorasi I, Sungai Liang, Raub

Explorasi I, Sungai Liang, Raub 7 & 8 April 2012






Bertempat di Sungai Liang, Raub Pahang telah berlangsung acara ke-2 tahun 2012
Suzuki Vitara Club iaitu Explorasi I, Sungai Liang, Raub Pahang Darul Makmur.

Sebanyak 18 buah Suzuki Vitara mengambil bahagian dan bersama 4 buah pelbagai
jenis kenderaan 4wd lain turut serta. Konvoi bermula pada 7 April 2012, seawal
jam 09.00 pagi bermula di Hentian Lebuhraya Gombak ke Karak. Konvoi bergerak
dengan baik dan memasuki laluan Bentong ke Raub sekitar jam 11.00 Pagi.

Konvoi regrup bersama konvoi dari Terengganu, Kelantan dan Perlis di Raub.
Konvoi mula memasuki laluan offroad sejauh 15km dengan baik dan lancar.
Laluan offroad yang berdebu dan sedikit 'mud' mencabar pemandu dan
disiplin peserta dan kemahiran, semua peserta selamat tiba di tapak
perkhemahan jam 12.00 tengahari.

Aktiviti santai dan proses penyediaan khemah mula di adakan. Peserta
mengambil kesempatan untuk berehat dan makan tengahari sambil
menghirup udara segar hutan simpan ini.

Acara BBQ mula mengambil tempat pada jam 7.00 pagi, dan kali ini
LEE, members vitara dari Raub menjadi Ketua Kampung dan Tuan Rumah
untuk acara ini. Peserta mula mengambil tempat dan sesi ramah mesra
serta makan malam di sediakan dengan jayanya.

Selain itu, acara malam di mulakan dengan pelancaran dua acara
terbaru untuk Suzuki Vitara Club tahun 2012 iaitu Vitara Jamboree 2012
dan Ekspedisi Suzuki Vitara 2012 iaitu di jangka akan di adakan pada
Sept dan Dec 2012.

Hari kedua, 8 April 2012, di mulakan dengan acara santai dan
masing-masing mengambil kesempatan mandi dan rehat. Peserta
meninggalkan tapak khemah pada jam 2.00 petang dan sesi
fotografi di jalankan. Dalam perjalanan pulang, peserta mengambil
kesempatan berhenti di perkampungan orang asli untuk memberi
barangan berupa makanan ringan kepada anak-anak orang asli.
Peserta meninggalkan kawasan perkhemahan dan konvoi mula
meninggalkan Raub pada jam 4.00 petang.

Ketua Kampung " LEE Raub, V50