Navigation




Explorasi II, Sungai Lembing 2012

Explorasi II, Sungai Lembing





7 & 8 Julai 2012, menyaksikan sebanyak 24 buah Suzuki Vitara mengambil bahagian
dalam acara rasmi Suzuki Vitara Club yang ke-3 untuk tahun 2012 iaitu Suzuki Vitara
Explorasi II Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Di ketua oleh 'Jack' , ahli Vitara Club dari Kuantan, Pahang, acara ini turut di serta oleh
pelbagai kenderaan 4WD lain sebanyak 6 buah dan menjadikan sebanyak 30  buah
4WD mengambil bahagian dalam acara ini.

Konvoi yang bermula dari Kuala Lumpur, turut di hadiri oleh ahli-ahli vitara dari seluruh
negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Kelantan, Penang,Kedah dan Perlis. Konvoi bermula di Regrup terakhir iaitu
Kuantan, telah memasuki laluan offroad sekitar jam 2 petang dan berjaya melalui
laluan offroad sekitar 15 km dengan baik.

Semua peserta selamat tiba di tapak khemah jam 4.30 petang, dan aktiviti santai
sambil mandi-manda telah di adakan. Acara malam di adakan dengan sesi suai kenal
dan aktiviti makan malam serta BBQ telah di adakan yang mana BBQ telah di sediakan
oleh Jack selaku Ketua Acara.

Aktiviti hari terkahir di mulakan dengan acara Treking ke air terjun Pelangi yang terletak
hampir 1km, dan hampir 30 peserta mengikutinya, termasuk dari kanak-kanak sekitar
umur 4 tahun. Treking hampir satu jam ini berjaya membawa peserta sampai ke
air terjun Pelangi. Selepas tamat treking ke air terjun Pelangi, bermula acara mandi
dan aktiviti mengemas peralatan untuk pulang bermula.

Peserta Explorasi II, mula meninggalkan tapak perkhemahan secara berperingkat
pada jam 2.00 petang, dan sesi fotografi di jalankan sepanjang perjalanan
keluar sebagai memori acara. Peserta mula konvoi keluar dari pekan Sungai Lembing
pada jam 4.00 petang ke destinasi masing-masing

Ketua Acara - Jack / Kuantan

GRUP PHOTO ACARA

     


    KONVOI PESERTA KE SUNGAI LEMBING

     


    BBQ TIME DAN AKTIVITI MESRA CLUB

     
    12


    TAPAK KHEMAH PESERTA

     


    TREKING KE AIR TERJUN PELANGI

     


    * GAMBAR DARI : JASAFIMI - MEDIA