Navigation




Semenanjung Expedition 2012

Semenanjung Expedition 2012

 
12




EKSPEDISI SEMENANJUNG 2012 merupakan satu acara yang pertama kali di adakan dan di anjurkan oleh Kelab Suzuki Vitara .Ekspedisi Semenanjung 2012 merupakan satu acara baru di mana menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai lokasi untuk di terokai dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Acara yang akan berlangsung selama 7 hari ini, akan melalui laluan jalan raya bandaran dan kampung, di mana 99% laluan ialah menggunakan laluan yang tidak bertol, termasuk laluan ‘offroad’ sekitar Terengganu.

Ekspedisi Semenanjung 2012 akan melalui jarak perjalanan sejauh 2500km , dengan penyertaan sebanyak 10 buah kenderaan pacuan empat roda Suzuki Vitara dan sebuah kenderaan lojistik dan media. Konsep terbaru dalam Ekspedisi Semenanjung 2012 ini akan meliputi laluan-laluan ke destinasi pelancongan di Malaysia selain menerokai keindahan, keunikan, kecantikan lokasi-lokasi terbaru yang bakal di lawati. Ekspedisi Semenanjung 2012 juga di dedahkan dengan cabaran pemanduan jarak jauh di mana jarak pemanduan harian adalah sekitar 300 km setiap hari.

Ekepdisi Semenanjung 2012 akan bergerak ke Selatan, dengan melalui Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kembali ke Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Seterusnya, Ekspedisi Semenanjung 2012 akan ke Utara, melalui Kedah ke Perlis, dan kembali ke Kedah untuk ke Pulau Pinang, Perak dan Tamat di Selangor kembali. Perjalanan sejauh 2500 km ini, akan melalui kawasan-kawasan desa, kampung, daerah dan merentasi banjaran Titiwangsa, sungai serta menyusuri laluan pantai. Konsep cabaran dalam Ekspedisi Semenanjung 2012 juga akan di diperkenalkan dengan konsep perkhemahan di mana semua peserta akan bermalam menggunakan khemah di setiap hentian sepanjang perjalanan selama 7 hari ini.

Acara yang bertujuan mendedahkan dengan konsep terbaru dalam meneroka destinasi-destinasi terbaik di Malaysia, acara ini juga sebagai satu bentuk hasrat mewujudkan Pelancongan Domestik dalam Malaysia sebagai satu destinasi yang harus di terokai. Aktiviti cabaran dan pemanduan jarak jauh yang mencabar juga di jadikan sebagai medium dalam ekspedisi ini sebagai satu bentuk acara yang boleh di ikuti oleh semua peringkat umur.

Ekspedisi Semenanjung 2012 mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor melalui Yang Berhormat YB. Elizabteh Wong, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, merangkap Exco Pelancongan Negeri Selangor yang bersama dalam menjayakan acara sulung ‘Ekspedisi Semenanjung 2012’ dan Selangor menjadi tuan rumah untuk majlis pelepasan dan tamat acara ini.

 

DAY 1 / 1 Dec 2012

Ekspedisi Semenanjung bermula di SACC Mall, yang mana Yang Berhormat, Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Bin Ibrahim dan Yang Berhormat, Puan Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Exco Pelancongan telah menyempurnakan majlis pelepasan peserta Semenanjung Ekspedisi 2012. Dari SACC Mall, Shah Alam, konvoi memulakan perjalanan hari pertama iaitu menuju ke Bekok, di Daerah Labis Johor. Ekspedisi Semenanjung melalui Banting, Morib dan seterusnya melalui sempadan Selangor – Negeri Sembilan sebelum berhenti di Port Dickson. Dari Port Dickson, Ekspedisi Semenanjung menuju ke Melaka, melalui Linggi, Masjid Tanah dan seterusnya kembali berkumpul bersama peserta dari Melaka, yang menanti di Masjid Tanah. Ekspedisi seterusnya melalui Bandar Melaka, menuju ke Merlimau sebelum melalui sempadan Johor – Melaka melalui Muar menuju ke Bekok. Jarak perjalanan melebihi 370km untuk hari pertama ini, amat menguji pemanduan jarak jauh dan seterusnya konvoi ekspedisi selamat tiba di tapak perkhemahan hari pertama iaitu di Air Terjun Sungai Bantang, Bekok jam 11.00 malam.

DAY 2 / 2 Dec 2012

Tepat jam 09.00 pagi, Ekspedisi Semenanjung memulakan perjalanan hari ke-2 nya iaitu ke destinasi seterusnya iaitu Mersing, Johor. Konvoi melalui jalanraya Labis ke Air Hitam, yang melalui panaroma Ladang Kelapa Sawit. Di Air Hitam, peserta berhenti membeli belah di kawasan membeli belah  Air Hitam yang terkenal dengan destinasi jualan produk berasakan kampung seperti kuih muih dan pasu. Konvoi seterusnya menuju ke Johor Bahru melalui Kelapa Sawit, Kulai dan setrusnya memasuki Johor Bahru sebelum berhenti rehat di Danga Bay. Laluan yang baik, tanpa kesesakan lalu lintas di Johor bahru, memudahkan pegerakan konvoi menuju ke Mersing dengan melalui jalan raya Kota Tinggi. Konvoi ekspedisi tiba di tapak perkhemahan ke-2 yang mana, Pantai Air Papan, Mersing menjadi destinasi tapak perkhemahan untuk hari ke-2.

DAY 3 / 3 Dec 2012

Ekspedisi hari ke-3, akan memulakan perjalanan dari Mersing menuju ke Sungai Loh, Hulu Dungun, Terengganu. Ekspedisi bergerak tepat jam 09.00 pagi, melalui laluan Mersing ke Rompin yang melalui laluan persisir pantai dan melalui Nenasi, Pekan, seterusnya ke Kuantan, untuk berhenti rehat. Laluan yang hujan sepanjang perjalanan memasuki Kuantan, sedikit sebanyak memerlukan ketabahan dalam pengendalian pemanduan jarak jauh. Dari Kuantan, ekspedisi melalui laluan jalan raya Jerangau Jabor untuk menuju ke Bukit Besi, Terengganu. Dari Bukit Besi, ekspedisi menuju ke Kampung Pasir Raja, untuk ke Tapak Perkhemahan ke-3 iaitu Sungai Loh. Tapak perkhemahan hari ke-3 ini, begitu mempersonakan dengan keindahan air nya yang jerneh dan cetek. Pemandangan sungai yang berbatu, air yang bersih serta jerneh memberi pengalaman beharga buat perserta yang pertama kali menjejak kaki ke kawasan ini.

DAY 4 / 4 Dec 2012

Ekspedisi hari ke-4 di teruskan ke destinasi ke empat iaitu, Banjaran Titiwangsa, Perak. Ekspedisi keluar dari tapak perkhemahan jam 09.00 pagi menuju ke Kuala Terengganu melalui jalan Ajil, Kuala Berang. Ekspedisi juga sempat singgah ke Kuala Terengganu untuk membeli belah, selain melalui Pulau Duyong melihat Masjid Kristal. Dari Kuala Terengganu, ekspedisi melalui laluan Setiu untuk berhenti rehat di Besut, Terengganu. Ekspedisi juga sempat melalui laluan ‘offroad’ pantai sejauh 10km di kawasan Setiu, yang mana panaroma persisir pantai yang begitu mengasyikkan. Ekspedisi Semenanjung keluar dari Terengganu, ke sempadan Kelantan melalui Jerteh, dan seterusnya melalui jalan raya Machang ke Jeli sebelum berhenti di Bukit Bunga, Kelantan untuk membeli belah. Laluan yang paling panjang dalam siri ekspedisi ini menyebabkan ekspedisi terpaksa berjalan pada waktu malam menuju ke kawasan hentian perkhemahan. Ekspedisi tiba di Banjaran Titiwangsa, dengan menjadikan kawasan RnR Puncak Titiwangsa sebagai kawasan tapak perkhemahan. Puncak Titiwangsa sememangnya terkenal dengan kawasan hentian popular untuk laluan lebuhraya timur barat, Gerik Jeli, begitu sejuk dengan kawasan sekeliling pucak bukit sekitarnya. Kebanyakan peserta ekspedisi yang bermalam di sini, mengatakan kawasan ini, begitu sejuk melebihi kawasan tanah tinggi lain di Malaysia.

 

DAY 5 / 5 Dec 2012

Ekspedisi hari ke-5, bergerak menuju ke Perlis. Ekspedisi bermula jam 09.00 pagi melalui Tasik Banding menuju ke Gerik, Perak. Ekspedisi memasuki sempadan Perak – Kedah melalui Baling. Ekspedisi berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan melalui Weng, Naka, dan seterusnya melalui Tasik Pedu. Laluan kawasan berbukit dan Hutan amat menguji peserta di samping cuaca yang panas memasuki ke Negeri Kedah. Dari Tasik Pedu, ekspedisi melalui Kuala Nerang dan Sintok dan seterusnya menuju ke Padang Besar untuk membeli belah. Selepas membeli belah, ekspedisi seterusnya menuju ke Tapak Perkhemahan hari ke-5 iaitu Tasik Timah Tasoh. Kali ini, Ekspedisi Semenanjung ini telah berjaya meneroka, konsep perkhemahan di tepi tasik yang pertama kali nya di tonjolkan dalam ekspedisi ini. Tasik buatan manusia ini, yang di kelilingi panoramai batu kapur, menjadikan keindahan negeri utara Malaysia ini, harus di di terokai.

DAY 6 / 6 Dec 2012

Hari ke-6, ekspedisi di mulakan pada jam 09.00 pagi menuju ke Pulau Pinang. Ekspedisi melaui Arau, Kuala Perlis seterusnya memasuki sempadan Kedah menuju ke Alor Star. Dari Alor Star, ekspedisi melalui Yan, Sungai Petani dan memasuki Pulau Pinang melalui Butterworth. Memasuki Pulau Pinang, ekspedisi menggunakan Ferry, yang mana hanya di Pulau Pinang, Ferry masih di gunakan di Malaysia sebagai pengangkutan penting setiap hari. Di Pulau Pinang, ekspedisi melalui Padang Kota, Komtar seterusnya menuju ke tapak perkhemahan di Tanjung Asam, Balik Pulau. Tapak perkhemahan tepi pantai yang mengadap selat Melaka ini begitu tenang, dengan suasana air lautnya yang menghijau.

DAY 7 / 7 Dec 2012

Hari terakhir ekspedisi, ekspedisi keluar dari Pulau Pinang untuk kembali menuju ke Selangor. Ekspedisi melalui Jambatan Pulau Pinang menuju ke Bukit Mertajam seterusnya melalui Nibong Tebal untuk memasuki negeri Perak. Ekspedisi memasuki negeri Perak melalui Bagan Serai seterunya menuju ke Selama, Semanggol dan seterusnya ke Taiping untuk berhenti rehat. Di Taping, sekali lagi ekspedisi berhenti untuk melihat pelbagai warisan yang begitu cantik terutama Taman Tasik Taiping. Dari Taiping, ekspedisi di teruskan ke Lumut melalui Changkat Jering, Pantai Remis, Segari dan seterusnya ke Lumut. Dari Lumut, ekspedisi melalui Lekir, Hutan Melintang dan memasuki negeri Selangor melalui Sabak Bernam. Ekspedisi seterusnya menuju ke Hotel De Palma Kuala Selangor untuk majlis penutup dan ekspedisi tiba di Kuala Selangor jam 10.00 malam.