Navigation




The Beach Morib 2012

The Beach Morib 2012
"Camping & Comunity Programe"




18 Feb 2012, Suzuki Vitara Club dengan pertama kalinya mengadakan
program komuniti dan perkhemahan yang telah berlangsung di Pantai
Kelanang, Morib, Selangor Darul Ehsan. Program yang bertujuan memberi
pendedahan dalam aspek kebersihan dan menjaga alam semulajadi ini,
mendapat sokongan sepenuhnya oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat
yang sama-sama menjayakan.

Hari pertama, acara di mulakan dengan aktiviti perkhemahan dan sukan
pantai. Sebanyak 18 Buah kenderaan Suzuki Vitara mengambil bahagian
yang datang dari pelbagai negeri untuk memeriahkan acara. Acara sukan
pantai, iaitu Bola Tampar di mulakan dengan di sertai oleh 6 pasukan
yang masing-masing ialah 'ahli' Suzuki Vitara Club dan keluarga.

Dengan pelbagai program karaoke dan BBQ, acara kemuncak mengutip
sampah di sepanjang 2 km Pantai kelanang, berjaya mengutip pelbagai
jenis sampah dan menjadikan acara ini sebagai simbolik dalam aktiviti
kemasyarakatan yang pertama kalinya di adakan oleh Suzuki Vitara Club.