Jamboree Vitara 2011
Jamboree Vitara 2011
Jangan Lupa Explore Semua Link ni ye.......
Jom cepat tengok banyak nye picture...........
Jangan Lupa war-warkan pada teman-teman lain...hemm
best of view.......Suzuki Vitara Club
Ponak Camp, Kuala Klawang, 16 Dec 2011 telah berlangsung acara Suzuki Vitara 4x4 Jamboree 2011.
Acara yang berlangsung selama 3 hari itu, menyaksikan penyertaan sebanyak 30 buah kenderaan Suzuki
Vitara dan 10 buah kenderaan pacuan empat roda pelbagai model.
Suzuki Vitara Club yang di tubuhkan pada Dec 2007, menjadikan Jamboree ini sebagai acara utama oleh
Vitara Club. Selain itu, Suzuki Vitara 4x4 Jamboree 2011 juga di adakan sebagai pendedahan kepada ahli-ahli
Vitara Club berkaitan aspek pengalaman pemanduan lasak offroad, rekreasi dan perkhemahan bersama k
eluarga. Aktiviti ini juga memberi ruang dalam penyediaan program secara teratur untuk pemilik Suzuki
Vitara. Menarik penyertaan kali ini ialah, ahli-ahli Suzuki Vitara Club datang dari pelbagai negeri seperti
Kedah, Perlis, Kelantan, Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Pelbagai acara di adakan pada Suzuki Vitara 4x4 Jamboree 2011 seperti ‘special stage’ SS, Vitara
Showcase, acara untuk kanak-kanak dan BBQ. Sebanyak 10 Special stage telah di adakan dengan
pelbagai SS di adakan seperti halangan berkonsepkan crossing river, menyeberangi jambatan dan
acara-acara teknikal seperti membuka tayar. Point di beri mengikut kepantasan masa setiap SS yang
di lalui tanpa sebarang masalah. Sebanyak 30 buah kenderaan mengambil bahagian dan 13 buah
kenderaan yang layak melepasi semua halangan.
Vitara Showcase yang diadakan pada hari yang sama juga, memberi konsep lain dalam Jamboree
Vitara ini. Acara ini bertujuan untuk memilih Suzuki Vitara yang paling cantik dan unik. Markah di ambil
dengan meneliti dari aspek kebersihan, modified, kreatif dan keaslian Vitara. Juri markah adalah
wakil dari kelab 4x4 jemputan dan seorang wakil dari Suzuki vitara club.
Acara kanak-kanak juga di adakan seperti meniup belon dan polo air. Makan malam ala BBQ juga di
adakan dan di serikan dengan pertunjukkan bunga api selama 2 minit di tapak perkhemahan. Lokasi
perkhemahan yang besar selain aliran sungai yang cantik dan cetek menjadikan lokasi ini, sebagai
lokasi rekreasi yang baik untuk seisi keluarga.
"OVERALL CHAMPION'' - Yaman Karim from Selangor
Majlis penyampaian hadiah untuk semua pemenang telah di adakan pada sebelah Malam terakhir.
Penyampaian hadiah di mulakan dengan segmen ‘Vitara Showcase’. Suzuki Vitara milik Abdul Ghani
dari Perlis, berjaya mendapat tempat Pertama dengan markah 91/100 dan di ikuti oleh Norul Amin
dari Melaka. Tempat Ketiga di menangi oleh Shamsee dengan markah 61/100 yang memandu
Suzuki Vitara 4 Door.
"Champion - Vitara Showcase (Vitara Tercantik) - "Ghani" from Perlis
Kemuncak acara, ialah penyampaian hadiah untuk ‘Segmen Special Stage’. Tempat pertama
di menangi oleh Yaman Karim dari Selangor yang memandu Suzuki Vitara V6, dengan point
terkumpul sebanyak 155. Kedua di menangi oleh Norul Amin dari Melaka yang memandu
Suzuki Vitara 1.6, dan Ketiga Ikram Hakim Mokhtar dari Kuala Lumpur yang juga memandu
Suzuki Vitara 1.6. Pemenang membawa balik hadiah tajaan, peralatan recovery offroad dan
hamper bernilai RM500 setiap seorang.
Suzuki Vitara Jamboree 2011, menutup tirai pada 18 Dec 2011 dengan sesi fotografi dan pulang
ke destinasi masing-masing pada jam 2 petang. Menurut presiden Suzuki Vitara Club, Zulnizam
Shahrani, acara Vitara Jamboree akan di adakan sebagai acara tahunan dan di jangka acara ini
akan berlangsung lagi pada tahun 2012
KEPUTUSAN VITARA SHOWCASE
1. V04 ABD GHANI (PERLIS)
2. V36 ZULKIFLI (MELAKA)
3. V55 SHAMSEE (SELANGOR)
4. V45 RAJA OTHMAN (SELANGOR)
5. V14 NORULAMIN (MELAKA)
6. V53 SHAH IM (SELANGOR)
KEPUTUSAN SPECIAL STAGE JAMBOREE 2011
1. V20 YAMAN (SELANGOR)
2. V14 NORUL AMIN (MELAKA)
3. V05 IKRAM (KUALA LUMPUR)
4. V36 ZULKIFLI (MELAKA)
5. V55 SHAMSEE (SELANGOR)
6. V62 FAZIL (KEDAH)
7. V37 UJANG (MELAKA)
8. V04 ABD GHANI (PERLIS)
9. V57 PITT (JOHOR)
10. V35 ZAHID (MELAKA)
11. V40 SHUKRI (MELAKA)
12. V13 MAT SAAD (SELANGOR)
13. V33 HJ ANOR (MELAKA)
URUSETIA SUZUKI VITARA 4X4 JAMBOREE 2011
Chief Zulnizam Shahrani (Jul)
Cheif Urusetia Norul Amin (Budak Jahat)
Chief Marshall 1. Zul Dewa / 2. Shukri (Budak Camar)
Chief Safety Manda
Chief Finance Mat Saad (Jasafimi)
Cheif Medic 1. Ikram (Goodwidow) / 2. Halim
Chief Food Ujang (Budak Baik)
Cheif Comm. Shamsee (ICE)
Chief Picture & Media SSDM (Jkiriah)
Jamboree Time
Special Stage
Majlis Penyampaian Hadiah
Group Photo
PICTURE FROM :
- JKIRIAH / JASAFIMI / BUDAK JAHAT